Islamic Widget

About Me

Friday, December 31, 2010

2011 menjelang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

seronok rase hari ni.. ade orang belanje saya keluar tadi..
Alhamdulillah.. Allah tak kedekut nak bagi saya nikmat..walaupun saya banyak buat dose kat Allah..
Pada saat saya menulis ni..mungkin anak-anak muda lain sedang terkinja-kinja menyambut tahun baru di KLCC dan juga tempat-tempat lain..

Dan 9 bulan lagi..banyak lah bayi yang tak berdosa di merata-rata tempat..Allah..Allah...
Kalau macam ni la kehidupan kita.. dan takde siapa yang nak perbaiki keadaan.. takyah tunggu sepuluh tahun lagi.. Sekarang pun Allah boleh bagi bala kat kite..

Mintak dijauhkan..Amin..

Jadi.. saya nk ucapkan.. Selamat Tahun Baru.. Semoga kita dapat menambah baik lagi amalan-amalan kita..
Insya-Allah.. Amin..

Friday, December 24, 2010

Renungkan...

 Ni lirik lagu Rabbani - Subuh yang terakhir..
Suka sangat.. :)

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Sekolah oh Sekolah....

Assalamualaikum...

Nampak tajuk kat atas tu??

Harap-harap... Tahun ni merupakan tahun terakhir yang paling banyak mendidik saya menjadi manusia....Amin~~

Walaupun dah 12 tahun sekolah... tapi... bila 1st day nak masuk sekolah... mesti berdebar-debar..
orang lain kate "takpe.. setahun je lagi..", hati saya kate "tu yang risau tu.. lepas keluar sekolah ni, tak tau jadi manusia lagi ke tak.."

Dekat dalam sekolah, ade ustaz dan ustazah nak perhatikan.. dekat luar.. siapa nak kesah..

Sebab tu lah kita kena percaya Allah tu ade bersama kite.. Allah Maha melihat setiap apa yang kita lakukan...
Setiap bisikan dalam hati kita pun Allah dengar...

Astagfirullahal'adzim...

Diri yang menulis ni.. bila bercakap berdegar-degar.. Tapi.. diri sendiri tak pernah betul...

Makin dekat dengan kematian.. makin banyak dosa dikumpulkan..

Allah...Allah...

Ya Allah... Ya Tuhan kami... Ampunkanlah dosa-dosa kami... Matikanlah kami dalam iman..

Amin~~

Tuesday, December 21, 2010

Setelah sekian lama...

Ini sekadar cerita...

Ketika seorang wanita sedang 'facebook-ing'..tiba-tiba..ada seorang laki menegur dia di bahagian chat..
Maka berlakulah perbualan berikut...

L(laki): Salam

W(wanita): Wslm..

L: Apa khabar?
    Macammane belajar?

W: Alhamdulillah...
     Hurm..kenal ke?

L: SPM bile?
    Saya sentiasa mengenali awak..

W: SPM tahun depan..
      Kalau boleh tau..Ni siapa?

L: Tengok kat info sy..Tapi jangan dendam..

Setelah wanita tersebut melihat kepada photos laki itu..dan dia sangat mengenali laki tersebut..

W: Aku takde mase nak layan orang macam kau!

Dan setelah berpura-pura offline..wanita itu menghantar mesej ke Facebook laki tersebut..

'Apa kau nak dari aku?
Kenapa kau muncul dalam hidup aku lagi???'

Sakitnye...Deritenye...Malunye...

Laki tersebut adalah orang yang pernah bermaksiat dengannya...
Memang benar lelaki itu sudah berubah..
Tapi..sebagai wanita..amat payah untuk melupakan segala kenangan pahit...dan kesilapan yang telah dilakukan..
Allah...Manusia memang boleh berubah..

Tetapi sejauh mana istiqamah kita dalam perubahan?

Kenapa lelaki itu kembali?
Apa lagi yang diharapkan...?
Aku sebagai wanita...tidak mampu menanggung semua ini..
Aku insan yang mudah tergoda..sangat mudah..

Segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tidak dapat kita jangkakan...

Allah...Ya Tuhan Yang Maha Mengasihani..Kau lindungilah kami dari bisikan syaitan..Jauhkanlah kami daripada zina dan segala perkara yang membawa kepadanya...

Amin~~~

Kalaulah semua orang meniaga macamni..

Satu hari, ada seorang hamba Allah ni...dia tengah belek gambar tudung yang dia nak beli..beli online je...
disingkatkan cerita...dia pun belilah tudung..bila tudung tu dah sampai..mak aih..terangnye warne..takpelah..dah beli..tapi apabila peniaga tu bertanya tentang kepuasan...dia pun berterus-terang..dalam sangkaannya "mati lah aku kene maki jap lagi.."

tapi....

lain pulak yang yang terjadi...kata peniaga "kenape adik tak bagitau akak awal-awal?adik pos balik tudung tu kat akak,akak buat baru..sertakan sekali surat bagitau adik nak yang macamne..akak sayang adik..akak nak pelanggan akak puas hati.."

Allah..kalaulah semua peniaga macamni..indah...

:)

Tiada yang setanding-Mu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..Kau ikhlaskanlah hati ini...

Kisah Benar :

Aku ni... rase kurang la..rase mcm something wrong gitu..bile ade problem..dah share dengan orang pun rase tak puas..


Aku mesti nak menangis..aku rase macam nak bunuh diri..pahitnya hidup...


Bila aku sedih..ade sekali tu aku baru lepas solat isha'..aku tunduk..berdoa sungguh-sungguh..entah kenape..hati aku rase seronok sangat..rase macam aku dah jumpe tempat aku boleh mengadu..dan 24 jam aku boleh mengadu...kalau dengan kawan atau pakwe..kadang-kadang dorang busy lah,ape lah..sakit hati je tunggu..tp dgn Dia..Allahu Allah...


AKU CINTA DIA...AKU CINTA DIA...AKU CINTA DIA...
Kenape lah aku tak sedar selama ni... Allah lah tempat paling sesuai untuk mengadu...


Allahu Allah....


Ya Allah..Aku berlindung dengan-Mu dari bisikan syaitan..Jauhkanlah aku dari sifat waswas..
Amin~~~

Allahu Allah....

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam..
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W..

Ya Allah..
Kami meminta kepada-Mu keselamatan bagi agama kami,
kesihatan bagi tubuh badan kami,
penambahan ilmu,
keberkatan rezeki,
taubat sebelum mati
rahmat ketika mati,
keampunan selepas mati...

Ya Allah..
Kau hidupkanlah kami dengan kehidupan para 'ulama,
matikanlah kami dengan kemati para syuhada',
masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para nabi-Mu..

Ya Allah..
Ampukanlah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
dosa adik-beradik kami,
dosa guru-guru kami,
dosa sahabat-sahabat kami...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang....

Amin Ya Rabbal 'alamain...

Saturday, July 10, 2010

di bwh rahmat ilahi..

assalamualaikum..

adoi...sayangku..kenapa tak bersyukur?ish ish ish...sifat semula jadi la kan tu..da bagi betis nak peha..cuba kita renungkan balik..kenapa kita tak bersyukur..

bila dapat hadiah atau dapat result yang baik..kite kata "yes!!"..tapi pernah tak kita kata "alhamdulillah..."?fikirkanlah..kita lupa kat Allah..tapi Allah tak pernah lupa kita..Allah bagi kita kejayaan,paling kurang pun kita ucap hamdalah sebagai tanda kita bersyukur..lebih baik kalau kita buat solat sunat..

bila kita bangun pagi..ada tak ucapan hamdalah?ke kita kata "ngantoknye...."?heheh..

biasa lah kan..manusia pun asal dari perkataan 'nasiya' yg bermaksud lupa..sebab tu la kita kena saling ingat-mengingatkan..'dan berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman'

jangan jemu nak bagi peringatan..kalau orang yang kita ingatkan berubah..kita dapat pahala juga kan?
tak perlu panjang-panjanglah kan..biar pendek janji bermanfaat..

aku cuba memperingatkan..
tapi aku sering diberi tomahan..
kerana peringatan yang aku berikan..
aku dimaki dan dihina..
aku digelar 'kolot' dan 'mundur'..
tetapi..
aku tidak akan mengalah..
kerana apa yang nabi Muhammad s.a.w lalui...
pastinya lebih pedih..
apa yang aku lalui tidak setanding dengan apa yang baginda lalui..
moga Allah terus memberi aku kekuatan di saat aku jatuh sendiri..

Friday, June 25, 2010

kita hidup untuk mati..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

"kita hidup untuk mati"..ana teringat kata-kata mursyidah ana..dan..ana teringat sebuah cerita dalam majalah online yg ana baca...

'kisah seorang saudagar yg beristeri 4'

  Suatu masa dahulu...terdapat seorang saudagar yg mempunyai 4 orang isteri.. Dia sangat menyanyangi isterinya yg keempat. Segala kemewahan diberi kepada isterinya yg keempat. Isterinya yg keempat juga dijaga bagai menatang minyak yg penuh dan isterinya ini hanya diberikan barang-barang yg baik sahaja..

  Saudagar ini juga sangat menyayangi isterinya yg ketiga. Dia sangat berbangga dengan isterinya yg ketiga Dia juga selalu mempamerkan isterinya yang ini kepada lelaki lain.. Walau bagaimanapun, saudagar ini sentiasa gelisah kerana bimbang isterinya yg ketiga ini lari mengikut lelaki lain.

  Si saudagar juga menyayangi isterinya yg kedua. Isterinya yg kedua merupakan seorang yg bertimbang rasa, Masalah-masalah saudagar ini selalu diadukan pada isterinya yg kedua ini. Isterinya yg kedua pula akan selalu menyabarkannya dan membantunya menyelesaikan masalah. Isterinya ini juga sentiasa bersamanya pada saat-saat getir.

  Isteri pertama saudagar ini pula adalah isteri yg paling setia dan telah banyak berkorban untuk kejayaan dan kekayaan saudagar ini. Namun,si isteri pertama ini hanya bertepuk sebelah tangan,si saudagar tidak mengambil berat tentang isterinya ini dan tidak menyayanginya seperti mana beliau menyayangi isteri-isterinya yang lain walaupun dia sangat dicintai oleh isteri pertamanya ini.

  Suatu hari,si saudagar telah jatuh sakit dan merasa bahawa ajalnya akan tiba. Lalu dia berfikir "Aku mempunyai empat orang isteri,tetapi bila aku mati...aku akan keseorangan!"

  Lalu si saudagar bertanya kepada isterinya yg keempat,ketiga dan kedua adakah mereka sudi untuk mengikutnya..jawapan yg diberikan oleh isteri keempat : "Tidak mungkin!" dan si isteri ini terus berlalu pergi..jawapan dari isteri ketiga pula : "Tidak! Hidup ini begitu indah. Aku akan menikah lain apabila kau telah meninggal nanti"..isterinya yg kedua pula menjawab: "maafkan aku..aku tidak boleh menolongmu kali ini. Yang terbaik aku boleh lakukan ialah menemanimu hingga ke keburmu"..si saudagar ini pilu mendengar jawapan mereka..
 
  Tiba-tiba...terdengar satu suara yg berkata "Aku sudi mengikutmu! Aku akan mengikutmu walau ke mana sahaja kau pergi" Saudagar mendongak dan mendapati bahawa suara itu dari isterinya yg pertama. Isterinya itu kelihatan kurus seolah-olah tidak mendapat makanan yang cukup. Dengan penuh menyesal saudagar berkata "Aku sepatutnya menyayangimu dan menjagamu ketika aku sihat dan mampu.."..


KESIMPULANNYA:

isteri yg keempat ialah badan atau jasad kita.tidak kira walau bagaimana kita menjaganya dan mencintainya..jasad kita akan meninggalakan kita bila kita mati.

isteri ketiga pula ialah harta,status dan kekayaan. Bila kita meninggal,semua harta kita akan diwarisi oleh orang lain.

isteri kedua pula ialah ahli keluarga dan sahabat. Walau bagaimana rapat pun kita dengan mereka..paling jauh pun mereka hanya akan menemani sampai ke kubur sahaja.

Maka...isteri pertama pula ialah roh kita..kita selalu mengabaikan roh kita dan kurang mengambil berat sama ada roh kita sihat atau tidak. Kita selalu leka untuk menjaga roh kita dalam mengejar dunia. Padahal, hanya roh yg mempunyai amalan baik sahaja yang dapat menyelamatkan kita dan menemani kita di alam barzakh nanti...

  Jangan Menunggu Hingga Nyawa di Hujungnya Baru Hendak Menyesal..Sedarlah Kita..Bahawa Maut Itu Boleh Terjadi Pada Bila-bila Masa..Sama-samalah kita Perbaiki Amalan dan Berilah Roh Kita Ini Pengisian dan Makanan Yang Cukup..

wallahua'lam..

dipetik dripda : majalah online www.ibrahzine.com

Thursday, June 24, 2010

moga kekal...

segala puji bagi-Mu ya Rabbal 'alamin..
Kau berikan aku mereka utk menegur kesalahanku...
aku berharap ukhuwwah kami kekal ke syurga..
bukan hanya kerana dunia..
ukhuwwah ini diharap menjadi jalan untuk memantapkan iman..
supaya dapat beriringan menggapai cinta-Mu..
ukhuwwah yang dimulakan dengan pujian ke hadrat-Mu ini...
diharap...
berakhir dengan kejayaan kami mendapat keredhaan-Mu dan cinta-Mu..

amin...amin..amin..ya rabb..

credits to : my murabbi..
                 ustzh asila..
                 ustzh nadirah..
                 afifah..
                 fatinah..
                 zafirah..
                 syairah..
                 husna..

     (dgn lafaz uhibbukum fillah abadan abada...insha Allah.. =) )

dakwah itu di mana-mana..

dalam hidup ini...
jalan dakwah itu di mana-mana..
hanya kita yang memilih...
untuk meneruskannya...
atau untuk membiarkan sahaja..
pilihan itu...
milik kita...
jawapan itu pada iman kita...
moga Allah menyatukan hati kita pada jalan dakwah..

Wednesday, June 23, 2010

bila berkawan..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. =)

alhamdulillah...ana masih berkesempatan untuk terus menulis..
tajuk tu 'bila berkawan', ana sendiri bukan seorang sahabat yang sejati..tapi mungkin sedikt tips untuk kamu semua yang ingin menjadi seorang sahabat sejati..kita kan belajar dari pengalaman..

lumrah hidup..manusia suka dihargai..suka dihormati..jadi..step pertama..kita hormati kawan kita,kita hargai dia...kadand-kadang kita muak dengar cerita dia,kita bosan sebab dia suka ulang benda yang sama..tapi..tak rugi pun kan kalau kita dengar je?

kalau tak suka,cuba tegur dengan cara yang baik,jangan bagi dia terasa sampai berdendam...dan yang paling utama,jangan tegur pada saat dia sedang beremosi a.k.a sedih atau marah..

lepas tu kita hargai dia...buat je muka tak malu cakap i love u kat dia..tapi kawan yang sejenis la..yang lain-lain jenis tu tak payahla..nanti lain pulak..kalau kaya sikit,belikan hadiah untuk dia,belanja makan ke..kan dapat pahala sedekah tu...

manusia mana yang tak suka diberi perhatian dan dipuji...bila kawan kita buat baik atau berjaya kita ucap tahniah..puji la sikit..tapi jangan banyak..takut dia riak..dan kita ucapkan "Alhamdulillah...Allah bagi kelebihan kat enti.."..bila dia sedih..kita bagi perhatian..kalau dia jenis yang manja...peluk je la..suruh dia luahkan masalah...

manusia...luka kat luar boleh nampak..luka kat hati siapa tahu...

dan yang paling penting...jangan sesekali kita sembunyikan sesuatu yang akan buat dia sakit hati...contoh..kita ajak kawan-kawan kita jalan-jalan..tapi..kita tak ajak dia langsung..padahal kita kata yang dia tu kawan baik kita..tapi..kita pinggirkan dia..
senang cerita...macam mana kita nak orang buat baik dengan kita, kita pun kenalah buat baik dengan orang..
macam mana kita tak suke orang buat jahat kat kita...kita pun jangan buat jahat kat orang...

renung-renungkanlah & selamat beramal!!




salam sayang: ummu hurairah..

ya Allah tabahkan hati kami..aku ingin menjadi hamba yang Kau sayangi..

aku diberikan nyawa..
aku diberi peluang untuk bernafas lagi..
aku meminta untuk disayangi..
disayangi dengan seikhlas hati..
aku menagih cinta-Mu ya rabbi..
tetapi...
aku masih di sini..
masih lemah lagi..
aku mengharapkan ukhuwwah sebagai kekuatan..
tetapi..
aku terasa ukhuwwah itu dikhianati...
kenapa aku dibiarkan sendiri??
mungkin ada hikmah yang tersembunyi..
aku bangkit mencari..
mencari hidayah-Mu ya rabbi..
mencari teman sejati..
mencari cinta yang membawa kepada cinta-Mu ya ilahi..
ya Rabbi..
tabahkanlah hati kami..
ampunkanlah dosa kami..
panjangkanlah umur kami..
tenangkanlah hati kami..
kurniakan kami cinta-Mu..
wahai Yang Maha Pengasih..
luahan hatiku ini mengharapkan kekuatan..
supaya aku dapat terus menjadi abdi-Mu yang dilindungi..

moga dugaan ini menabahkan hati....

saat itu...
aku mengharap kau menjadi seorang yang sejati..
tapi...
apabila kau pergi...
aku kecewa sendiri...
aku menyesal mengenali...
kau hadir pada saat aku sendiri...
kau memberi aku cahaya ketika aku mencari...
dan kini...
kembali aku sedari..
itu sebenarnya dari ilahi..
kau cumalah penyeri..
tetapi...
penyeri yang tidak kekal abadi..
cinta sejati...
hanyalah cinta ilahi...
kini...
aku kembali sendiri..
aku kembali menyepi..
aku cuma mengharap redha ilahi..
aku mengharap dugaan ini..
sebagai jalan untuk menabahkan hati..

Saturday, June 19, 2010

sebarkan..

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.






Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat
kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

sedikit teguran..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

dh lame sgt ana tggal blog ni..

hari ni saja lah kan nak menulis sikit..
salah ke perempuan nak berhias?dalam bahasa modern 'make-up'?

sebagai contoh...seorang muslimah ini memakai furdah..mengambil jalan yang zuhud..tapi...matanya dipakaikan 'eyeliner'..secara jujurnya 'eyeliner' yang membuatkan matanya kelihatan lebih cantik dn menarik perhatian..

berfurdah untuk mengelakkan fitnah..berfurdah supaya tidak menarik perhatian orang..tapi..bagaimana kalau berfurdah itu dikenakan 'make-up' yang membuatkan kaum muslimim lebih tertarik?terutama nya kepada mata muslimah itu sendiri..

di sini ana selitkan sedikit post dari blog saudara kita..

DEFINASI TABARRUJ
Sebelum ini telah saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Namun begitu, suka untuk saya bawakan kembali definasi tersebut bagi melengkapkan penulisan artikel ini. Perbahasan ini saya kutip daripada bedah buku ‘Dosa Berhias (Tabarruj): Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya”.
  1. Menampakkan kecantikkannya pada lelaki bukan mahram.
  2. Menampakkan kecantikan termasuk mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh mengghairahkan spt pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
  3. Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.
Imam Bukhari mengatakan tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.
Konsep tabarruj ialah melibatkan segala bentuk benda untuk bertujuan perhiasan. Ia terbahagi kepada dua:
  1. Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.
  2. Perhiasan buatan. Ia termasuklah pakaian yang mendedah aurat, mewarna rambut dan kuku, berwangi-wangian, mengenakan celak dan solekan, bertatu, bertindik, menggunakan barang-barang kemas asli dan tiruan (termasuk dosa riak dan takabbur), menggunakan alat palsu seperti rmbut palsu dan kuku palsu, mencukur dan melukis kening.
Kesemua perbuatan di atas adalah menyerupai perbuatan golongan kafir yang sengaja dipopularkan oleh media tempatan dan barat. Ianya mengandungi senjata yang berbahaya dan fitnah tidak kurang hebatnya samaada terkena atas wanita itu sendiri mahupun manusia yang melihat gelagatnya. Malah akan menyuburkan gejala zina berterusan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan Hari Kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Manakala dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda:
“Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian dia keluar menemui kaumnya (sekumpulan orang) dengan maksud supaya mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina.”
Jelasnya, bertabarruj dan berhias berdasarkan pendapat Abul A’la al-Maududi, seandainya ia melibatkan lelaki bukan mahram bersama maka hukumnya adalah HARAM menurut al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama’. Dengan kata lain, apa jua alasannya lelaki bukan mahram tidak boleh melihat rambut, tubuh badan dan perhiasannya.

wallahua'lam..
ya Allah..Kau jauhkanlah kami dari perkara yang menjauhkan kami dari-Mu,Kau tenangkanlah hati kami..amin..

rujukan: http://www.faridrashidi.com/2010/02/24/yang-dikatakan-wanita-bertabarruj/

Monday, May 31, 2010

novel2 untuk dijual..sila la jengah2...

*(nama pnulis) bwh tu nme novel dye..mcmne nak beli boleh tanye..
hrge RM10..klu nak pos,lain harge dye,yg RM10 tu klu sggup nak datang amik kat area2 ampang ni..

.............................................................................................................................


*Habiburrahman El-Shirazy:
-Ketika Cinta Bertasbih (ep.1)
-Ayat-ayat Cinta
-Di Atas Sajadah Cinta

*Zaifuzzaman Ahmad
-Bila Lampu Padam
-Angkara Saka
-Rahsia Mimpi

*Fauziiah Ashari
-Ombak Rindu
-Cinta...Tiada Akhirnya
-Rindu Cintaku

*Sharifah Abu Salem
-Tak Seindah Impian
-Tak Semanis Impian
-Tiada Lagi Mimpi
-Biar Rindu Berlalu

*Meor Shariman
-Rrama
-Sumpahan Fasha
-Badang
-Pemburu Puaka
-Tak Tahu Antara Dua
-Cinta Gadis Pontianak

*Nia Azalea
-Hati Yang Terusik
-Seredup Kasihmu

*Ahadiat Akashah
-Secangkir Kopi Panas Di Pilot Cafe

*Anis Ayuni
-Seribu Kali Sayang

*Rynsa
-Relevankah Aku Dihatimu?

*Amaruszati Noor Rahim
-Sindiket Pengemis Cilik

*Norazailina Nordin
-Impian Terindah

*Nizam Zakaria
-Susuk

*Ibnu Hazm El-Andalusy
-Di Bawah Naungan Cinta

*Lily Haslina Nasir
-Di Langit Cinta

*Aisya Sofea
-Jendela Hati

*Sheila Wani
-Rona-Rona Cinta Damascus

*Fatimah Syarha
-Tautan Hati

*Ramlee Awang Murshid
-Ungu Karmila

*Abdul Rahim Awang
-Ego

*Damya Hanna
-Senafas Rindu

*Durrah Fatiha
-Suratan Kasih

Friday, May 14, 2010

sangat MANIS!

manis macam gule-gule...
itulah yang ana lalui sekarang...ujian yang manis macam gule-gule...bila diuji tu tande Allah sayang..kan?
jadi..janganlah sedih bila diuji..
ana sudah lama tak menulis...banyak keje sekarang ni...

ana sangat sibuk dengan exam tak lame lagi,walaupun tak baca buku tapi ana busy jugak...

dengan majalah PRS lagi...ha...

dkat sini bleh la ana promote sikit...sebarang sumbangan karya boleh hantarkan kepada dija_zerw@yahoo.com
sebarang pertanyaan pula boleh chat dekat dijah_tazkirah@yahoo.com

terima kasih kerana sudi membaca...

ya Allah...Kau bantulah kami...

Thursday, April 29, 2010

Renung-renungkanlah...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wa rhidwanuh.....

"Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri" -dipetik dari sebuah syair arab.-

sesuai dengan slogan "zaman dah maju,dunia dah berubah",kita menyalahkan zaman...kita kata zaman sekarang ni dah modern...orang dah tak pakai tudung laBuh,dah tak pakai jubah...orang sekarang pakai selendang...seluar skinny...baru style...

tp pemakaian macam tu selaras ke dengan apa yang islam tuntut...??

kita kata kita ni muslimah....tapi...pemakaian..tak melambangkan muslimah langsung....kuffar tengok pun rasa pelik,rasa tertanya-tanya "apa beza dorang dengan aku??"

ana sendiri pun masih tak betul...dan sangat mengharapkan teguran daripada orang lain...tapi ana sebagai seorang muslimah,rasa malu bile tengok muslimah lain seperti ana bagaikan tak faham apa-apa tentang tuntutan islam...

ana bukanlah siapa pun untuk bercakap tentang ini....tapi...sebagai teguran untuk saudara seagama ana...

dunia sekarang....yang pelik...dah menjadi kebiasaan...

yang tidak elok dianggap baik..

yang baik dihentam habis-habisan...

TEPUK DADA,
TANYA IMAN,
APA GUNA,
MENYALAHKAN ZAMAN
KALAU KITA,
ORANG BERIMAN
ANGGAPLAH IA,
SEBAGAI UJIAN..

ya Allah,Kau tenangkanlah hati kami...

Tuesday, April 27, 2010

terasa??wallahua'lam...

Assalamu'alaikum...

sudah lama ana tak menulis,ana teringat tentang sebuah peristiwa..

peristiwa ni berlaku baru-baru ni,ana mengajak seorang sahabat untuk solat berjema'ah...tetapi jawapan yang diberikan sangatlah mengecewakan,si dia membuat keputusan untuk solat sendirian...sebab??

sebab dia ingin berjumpa dengan kawan lamanya...nak tahu ape terjadi??

akhirnya,ana dan beberapa orang sahabat solat berjema'ah,ana fikir,takpelah,kalau dia tak nak,ana tak pakse,dia yang rugi bukan ana..
seperti yang kita sedia maklum solat jema'ah itu pahalanya lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian...dan...rase bila solat berjema'ah lain dengan solat bersendirian...

ape terjadi dengan sahabat ana ni?? akhirnya,dia menjadi orang yang rugi,mungkin ana tak tegur dia,sebab ana tak nak mewajibkan solat jema'ah tu...

kenapa sahabat ana ni rugi..?
sebab dia pulang dalam keadaan yang dia tak dpat berjumpa dengan kawan lame dia,dan dalam keadaan tak dapat solat berjema'ah...

mane yang lebih penting??

pahala solat jema'ah atau kawan??

ingatlah.."Solat berjema'ah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)". (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

wallahua'lam...

ya Allah...Kau tenangkanlah hati kami ini..Amin...

Thursday, April 22, 2010

ingin mulakan yg baru...

assalamualaikum..

banyak yg telah berlaku baru-baru ini...


dan...ana...semakin kebingungan...sebenarnya...banyak permasalahan dalam otak ana..tapi masih belum diluahkan...

kebetulan...jumaat..23/4/10..ana ingin melakukan satu perubahan..bkn untuk sesiapa..tapi untuk ana sendiri..

moga istiqamah insya-Allah..

ya Allah..ya Tuhan kami...tenangkanlah hati kami...Amin..~

Saturday, April 17, 2010

ya Allah...aku sangat sedih....

hari ni ana sedih sangat-sangat...ana mencari...mencari seorang yang mampu jadi sahabat ana..sahabat sejati...

Sebelum ni,ana ada seorang sahabat,ana berkawan dengan dia dari form 1...sebelum ni dia sangat-sangat boleh faham dengan ana,dan ana pn sangat-sangat memahami dia...tapi baru-baru ni ana rasa macam takde seorang pn dari kawan-kawan ana yang ana boleh anggap sebangai sahabat sejati...

kawan-kawan silih berganti,semuanya datang dan pergi...sejak akhir-akhir ni ana sangat sensetif...sebenarnya...ana mengaku ana yang banyak menjauhkan diri dari seseorang yang ana pernah anggap sebagai sahabat sejati...ana mengaku..ana jauhkan diri pun sebab sepanjang ana berkawan dengan dia ana sangat-sangat dengki dengan dia..waktu dulu ana dengki sebab dia selalu jadi perhatian,dan ramai orang yang nak berkawan dengan dia kalau nak dibandingkan dengan ana...

tapi...bila kami sama-sama berubah ana jadi dengki sebab dia ada kekuatan...ana takde kekuatan..ana DENGKI!!!

ana menjauhkan diri dari dia sebab ana nak hilangkan penyakit hati ni...ana sangat terseksa kalau ana berkawan dengan dia tapi ada rasa dengki dalam diri ana...

ana cuba pujuk diri ana dengan macam-macam cara..ana cuba dekat dengan dia..tapi...semua jadi lain...jadi janggal..ana banyak masalah..tapi ana rasa macam ana takde siapa-siapa untuk ana berkongsi...

ana tawu orang lain nak berkawan dengan kita kalau kita banyak buat baik...

mungkin ana ni bukan insan yang baik di mata manusia...apatah lagi di mata Allah S.W.T....

tp ana sangat-sangat takut dengan kemurkaan-Nya...ana takut azab-Nya...

ya Allah..Kau tenangkanlah hati ini...

ana sangat sedih...ana rasa sangat keseorangan...ana tak tahu nak kongsi problem dengan siapa...orang-orang lain pun tak nak kongsi problem dengan ana...kalau boleh,ana nak ada orang yang boleh kongsi problem dengan ana dan ana pun boleh kongsi dengan dia....tapi...ana belum jumpa...insya-Allah one day....

seandainya sahabat yang ana maksudkan membaca blog ini...ana minta maaf banyak-banyak kat enti..ana bukan tak nak terus terang dengan enti...tapi ana tak tahu cara...ana banyak melakukan dosa kat Allah..ana banyak buat salah kat enti...maaf...hati ana gelap...penuh dengan dosa...

hati ana berpenyakit..

ana sangat merana dengan penyakit hati ini...
dan..baru tadi..ana terbaca sesuatu yang menyedihkan di facebook seorang rakan ana..ana mungkin takkan cerita di sini..kerana ini berkaitan dengan seseorang yang pernah ana letakkan kepercayaan kepada dia..tapi..takpelah mesti ada hikmah semua yang terjadi..

ya Allah...terangkanlah hati kami...
ya Allah..tenangkan hati ini..
ya Allah..bantulah kami..
sesungguhnya Kau Maha penyayang lagi Maha mengetahui..

amin...ya rabbal 'alamin...


Friday, April 16, 2010

mengumpat??

ramai di antara kita yg tidak sedar apa yg kita kata kan...
kadand-kadang merapu tak tentu hala....termasuk ana sendiri...ana bukan la baik sangat tp ana cuba untuk perbaiki diri ana INSYA ALLAH...

pernah tak kita tanya kat diri kita kenapa kita mengumpat orang??

kalau kita fikir balik...kita suka mengumpat orang yang kita dengki dengan dia..kadang-kdang orang tu takde buat salah kat kita pun tapi kita kutuk dia jugak...kenapa ye??

sebab kita ni BUSUK HATI!! DENGKI!!

ana ingin menegur antum dan diri ana sendiri tentang lidah...

ana teringat 1 hadis:

"
من كان يؤمن بالله واليوم الأخير فاليقول خيراً أو ليصمت"

maksudnya: "Barangsiapa yg beriman kepada Allah & hari akhirat maka hendaklah dia mengatakan yg baik ataupun diam"

hmm...cube renung-renugkan...

wallahua'lam...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI...KAU BERIKANLAH KETENANGAN KE DALAM HATI KAMI..
AMIN..AMIN..AMIN..YA RABBAL 'ALAMIN...~~


Thursday, April 15, 2010

hidupku...

ya Allah...aku hamba yang sangat lemah..dan memerlukan petunjuk-Mu ya Rabb!
baru2 ni ana diuji dengan beberapa ujian...
ana bdepan masalah dengan sahabat baik ana...ukhti yg tercinta krn Allah...org yg byk membantu ana berubah..
ana juga diuji dgn penyakit...tp..ana ingatkan dri ana bhwa Allah itu Maha penyayang...Dia tahu yang terbaik utk diri ana..ada hikmah semua yang berlaku...

di sini ana ingin mengutarakan 1 soalan...

APA ITU CINTA??!

wallahua'lam...

bagi ana cinta itu kalau diluahkan tidak mengikut ketepatan syara' maka akan membawa kepada kebinasaan..

ana sedar..ana hanyalah pelajar tingkatan 4 dan ana tidak layak untuk menulis tentang ini...tapi...hati ana sangat tergerak untuk menulis tentang ini...kerana..ramai adik2 ana yang hanyut hanya kerana CINTA!

apakah maksud ungkapan I LOVE YOU yg dilafazkan oleh muda-mudi zaman kini??

kenapa tidak melafazkan I LOVE YOU ALLAH??

kan itu lebih baik??

ana sedih...tengok adik2 ana yg belasan tahun ini hanyut....hanyut oleh CINTA yg terdapat org ketiga iaitu syaitan...

masha-Allah...knp CINTA pd masa kini tidak boleh jadi sesuci cinta sayyidatina Khadijah dgn Sayyidina Muhammad S.A.W??

KENAPA??!!

baru bermula...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
alhamdulillah...tercapai hajat ana nk tulis blog ni...
ana ni takdelah pndai sgt mnulis...tp insyaAllah..ana akan cuba yg terbaek...
harap antum semua dpt bntu ana jgak la...
=))