Islamic Widget

About Me

Friday, June 25, 2010

kita hidup untuk mati..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

"kita hidup untuk mati"..ana teringat kata-kata mursyidah ana..dan..ana teringat sebuah cerita dalam majalah online yg ana baca...

'kisah seorang saudagar yg beristeri 4'

  Suatu masa dahulu...terdapat seorang saudagar yg mempunyai 4 orang isteri.. Dia sangat menyanyangi isterinya yg keempat. Segala kemewahan diberi kepada isterinya yg keempat. Isterinya yg keempat juga dijaga bagai menatang minyak yg penuh dan isterinya ini hanya diberikan barang-barang yg baik sahaja..

  Saudagar ini juga sangat menyayangi isterinya yg ketiga. Dia sangat berbangga dengan isterinya yg ketiga Dia juga selalu mempamerkan isterinya yang ini kepada lelaki lain.. Walau bagaimanapun, saudagar ini sentiasa gelisah kerana bimbang isterinya yg ketiga ini lari mengikut lelaki lain.

  Si saudagar juga menyayangi isterinya yg kedua. Isterinya yg kedua merupakan seorang yg bertimbang rasa, Masalah-masalah saudagar ini selalu diadukan pada isterinya yg kedua ini. Isterinya yg kedua pula akan selalu menyabarkannya dan membantunya menyelesaikan masalah. Isterinya ini juga sentiasa bersamanya pada saat-saat getir.

  Isteri pertama saudagar ini pula adalah isteri yg paling setia dan telah banyak berkorban untuk kejayaan dan kekayaan saudagar ini. Namun,si isteri pertama ini hanya bertepuk sebelah tangan,si saudagar tidak mengambil berat tentang isterinya ini dan tidak menyayanginya seperti mana beliau menyayangi isteri-isterinya yang lain walaupun dia sangat dicintai oleh isteri pertamanya ini.

  Suatu hari,si saudagar telah jatuh sakit dan merasa bahawa ajalnya akan tiba. Lalu dia berfikir "Aku mempunyai empat orang isteri,tetapi bila aku mati...aku akan keseorangan!"

  Lalu si saudagar bertanya kepada isterinya yg keempat,ketiga dan kedua adakah mereka sudi untuk mengikutnya..jawapan yg diberikan oleh isteri keempat : "Tidak mungkin!" dan si isteri ini terus berlalu pergi..jawapan dari isteri ketiga pula : "Tidak! Hidup ini begitu indah. Aku akan menikah lain apabila kau telah meninggal nanti"..isterinya yg kedua pula menjawab: "maafkan aku..aku tidak boleh menolongmu kali ini. Yang terbaik aku boleh lakukan ialah menemanimu hingga ke keburmu"..si saudagar ini pilu mendengar jawapan mereka..
 
  Tiba-tiba...terdengar satu suara yg berkata "Aku sudi mengikutmu! Aku akan mengikutmu walau ke mana sahaja kau pergi" Saudagar mendongak dan mendapati bahawa suara itu dari isterinya yg pertama. Isterinya itu kelihatan kurus seolah-olah tidak mendapat makanan yang cukup. Dengan penuh menyesal saudagar berkata "Aku sepatutnya menyayangimu dan menjagamu ketika aku sihat dan mampu.."..


KESIMPULANNYA:

isteri yg keempat ialah badan atau jasad kita.tidak kira walau bagaimana kita menjaganya dan mencintainya..jasad kita akan meninggalakan kita bila kita mati.

isteri ketiga pula ialah harta,status dan kekayaan. Bila kita meninggal,semua harta kita akan diwarisi oleh orang lain.

isteri kedua pula ialah ahli keluarga dan sahabat. Walau bagaimana rapat pun kita dengan mereka..paling jauh pun mereka hanya akan menemani sampai ke kubur sahaja.

Maka...isteri pertama pula ialah roh kita..kita selalu mengabaikan roh kita dan kurang mengambil berat sama ada roh kita sihat atau tidak. Kita selalu leka untuk menjaga roh kita dalam mengejar dunia. Padahal, hanya roh yg mempunyai amalan baik sahaja yang dapat menyelamatkan kita dan menemani kita di alam barzakh nanti...

  Jangan Menunggu Hingga Nyawa di Hujungnya Baru Hendak Menyesal..Sedarlah Kita..Bahawa Maut Itu Boleh Terjadi Pada Bila-bila Masa..Sama-samalah kita Perbaiki Amalan dan Berilah Roh Kita Ini Pengisian dan Makanan Yang Cukup..

wallahua'lam..

dipetik dripda : majalah online www.ibrahzine.com

No comments:

Post a Comment