assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
"kita hidup untuk mati"..ana teringat kata-kata mursyidah ana..dan..ana teringat sebuah cerita dalam majalah online yg ana baca...
'kisah seorang saudagar yg beristeri 4'
Suatu masa dahulu...terdapat seorang saudagar yg mempunyai 4 orang isteri.. Dia sangat menyanyangi isterinya yg keempat. Segala kemewahan diberi kepada isterinya yg keempat. Isterinya yg keempat juga dijaga bagai menatang minyak yg penuh dan isterinya ini hanya diberikan barang-barang yg baik sahaja..
Saudagar ini juga sangat menyayangi isterinya yg ketiga. Dia sangat berbangga dengan isterinya yg ketiga Dia juga selalu mempamerkan isterinya yang ini kepada lelaki lain.. Walau bagaimanapun, saudagar ini sentiasa gelisah kerana bimbang isterinya yg ketiga ini lari mengikut lelaki lain.
Si saudagar juga menyayangi isterinya yg kedua. Isterinya yg kedua merupakan seorang yg bertimbang rasa, Masalah-masalah saudagar ini selalu diadukan pada isterinya yg kedua ini. Isterinya yg kedua pula akan selalu menyabarkannya dan membantunya menyelesaikan masalah. Isterinya ini juga sentiasa bersamanya pada saat-saat getir.
Isteri pertama saudagar ini pula adalah isteri yg paling setia dan telah banyak berkorban untuk kejayaan dan kekayaan saudagar ini. Namun,si isteri pertama ini hanya bertepuk sebelah tangan,si saudagar tidak mengambil berat tentang isterinya ini dan tidak menyayanginya seperti mana beliau menyayangi isteri-isterinya yang lain walaupun dia sangat dicintai oleh isteri pertamanya ini.
Suatu hari,si saudagar telah jatuh sakit dan merasa bahawa ajalnya akan tiba. Lalu dia berfikir "Aku mempunyai empat orang isteri,tetapi bila aku mati...aku akan keseorangan!"
Lalu si saudagar bertanya kepada isterinya yg keempat,ketiga dan kedua adakah mereka sudi untuk mengikutnya..jawapan yg diberikan oleh isteri keempat : "Tidak mungkin!" dan si isteri ini terus berlalu pergi..jawapan dari isteri ketiga pula : "Tidak! Hidup ini begitu indah. Aku akan menikah lain apabila kau telah meninggal nanti"..isterinya yg kedua pula menjawab: "maafkan aku..aku tidak boleh menolongmu kali ini. Yang terbaik aku boleh lakukan ialah menemanimu hingga ke keburmu"..si saudagar ini pilu mendengar jawapan mereka..
Tiba-tiba...terdengar satu suara yg berkata "Aku sudi mengikutmu! Aku akan mengikutmu walau ke mana sahaja kau pergi" Saudagar mendongak dan mendapati bahawa suara itu dari isterinya yg pertama. Isterinya itu kelihatan kurus seolah-olah tidak mendapat makanan yang cukup. Dengan penuh menyesal saudagar berkata "Aku sepatutnya menyayangimu dan menjagamu ketika aku sihat dan mampu.."..
KESIMPULANNYA:
isteri yg keempat ialah badan atau jasad kita.tidak kira walau bagaimana kita menjaganya dan mencintainya..jasad kita akan meninggalakan kita bila kita mati.
isteri ketiga pula ialah harta,status dan kekayaan. Bila kita meninggal,semua harta kita akan diwarisi oleh orang lain.
isteri kedua pula ialah ahli keluarga dan sahabat. Walau bagaimana rapat pun kita dengan mereka..paling jauh pun mereka hanya akan menemani sampai ke kubur sahaja.
Maka...isteri pertama pula ialah roh kita..kita selalu mengabaikan roh kita dan kurang mengambil berat sama ada roh kita sihat atau tidak. Kita selalu leka untuk menjaga roh kita dalam mengejar dunia. Padahal, hanya roh yg mempunyai amalan baik sahaja yang dapat menyelamatkan kita dan menemani kita di alam barzakh nanti...
Jangan Menunggu Hingga Nyawa di Hujungnya Baru Hendak Menyesal..Sedarlah Kita..Bahawa Maut Itu Boleh Terjadi Pada Bila-bila Masa..Sama-samalah kita Perbaiki Amalan dan Berilah Roh Kita Ini Pengisian dan Makanan Yang Cukup..
wallahua'lam..
dipetik dripda : majalah online www.ibrahzine.com
~apabila kamu merasa letih kerana berbuat KEBAIKAN,maka sesungguhnya KELETIHAN itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan DOSA,dan sesungguhnya KESERONOKAN itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus kekal~(Saidina Ali R.A)
Friday, June 25, 2010
Thursday, June 24, 2010
moga kekal...
segala puji bagi-Mu ya Rabbal 'alamin..
Kau berikan aku mereka utk menegur kesalahanku...
aku berharap ukhuwwah kami kekal ke syurga..
bukan hanya kerana dunia..
ukhuwwah ini diharap menjadi jalan untuk memantapkan iman..
supaya dapat beriringan menggapai cinta-Mu..
ukhuwwah yang dimulakan dengan pujian ke hadrat-Mu ini...
diharap...
berakhir dengan kejayaan kami mendapat keredhaan-Mu dan cinta-Mu..
amin...amin..amin..ya rabb..
credits to : my murabbi..
ustzh asila..
ustzh nadirah..
afifah..
fatinah..
zafirah..
syairah..
husna..
(dgn lafaz uhibbukum fillah abadan abada...insha Allah.. =) )

dakwah itu di mana-mana..
dalam hidup ini...
jalan dakwah itu di mana-mana..
hanya kita yang memilih...
untuk meneruskannya...
atau untuk membiarkan sahaja..
pilihan itu...
milik kita...
jawapan itu pada iman kita...
moga Allah menyatukan hati kita pada jalan dakwah..

Wednesday, June 23, 2010
bila berkawan..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. =)
alhamdulillah...ana masih berkesempatan untuk terus menulis..
tajuk tu 'bila berkawan', ana sendiri bukan seorang sahabat yang sejati..tapi mungkin sedikt tips untuk kamu semua yang ingin menjadi seorang sahabat sejati..kita kan belajar dari pengalaman..
lumrah hidup..manusia suka dihargai..suka dihormati..jadi..step pertama..kita hormati kawan kita,kita hargai dia...kadand-kadang kita muak dengar cerita dia,kita bosan sebab dia suka ulang benda yang sama..tapi..tak rugi pun kan kalau kita dengar je?
kalau tak suka,cuba tegur dengan cara yang baik,jangan bagi dia terasa sampai berdendam...dan yang paling utama,jangan tegur pada saat dia sedang beremosi a.k.a sedih atau marah..
lepas tu kita hargai dia...buat je muka tak malu cakap i love u kat dia..tapi kawan yang sejenis la..yang lain-lain jenis tu tak payahla..nanti lain pulak..kalau kaya sikit,belikan hadiah untuk dia,belanja makan ke..kan dapat pahala sedekah tu...
manusia mana yang tak suka diberi perhatian dan dipuji...bila kawan kita buat baik atau berjaya kita ucap tahniah..puji la sikit..tapi jangan banyak..takut dia riak..dan kita ucapkan "Alhamdulillah...Allah bagi kelebihan kat enti.."..bila dia sedih..kita bagi perhatian..kalau dia jenis yang manja...peluk je la..suruh dia luahkan masalah...
manusia...luka kat luar boleh nampak..luka kat hati siapa tahu...
dan yang paling penting...jangan sesekali kita sembunyikan sesuatu yang akan buat dia sakit hati...contoh..kita ajak kawan-kawan kita jalan-jalan..tapi..kita tak ajak dia langsung..padahal kita kata yang dia tu kawan baik kita..tapi..kita pinggirkan dia..
senang cerita...macam mana kita nak orang buat baik dengan kita, kita pun kenalah buat baik dengan orang..
macam mana kita tak suke orang buat jahat kat kita...kita pun jangan buat jahat kat orang...
renung-renungkanlah & selamat beramal!!
salam sayang: ummu hurairah..

ya Allah tabahkan hati kami..aku ingin menjadi hamba yang Kau sayangi..
aku diberikan nyawa..
aku diberi peluang untuk bernafas lagi..
aku meminta untuk disayangi..
disayangi dengan seikhlas hati..
aku menagih cinta-Mu ya rabbi..
tetapi...
aku masih di sini..
masih lemah lagi..
aku mengharapkan ukhuwwah sebagai kekuatan..
tetapi..
aku terasa ukhuwwah itu dikhianati...
kenapa aku dibiarkan sendiri??
mungkin ada hikmah yang tersembunyi..
aku bangkit mencari..
mencari hidayah-Mu ya rabbi..
mencari teman sejati..
mencari cinta yang membawa kepada cinta-Mu ya ilahi..
ya Rabbi..
tabahkanlah hati kami..
ampunkanlah dosa kami..
panjangkanlah umur kami..
tenangkanlah hati kami..
kurniakan kami cinta-Mu..
wahai Yang Maha Pengasih..
luahan hatiku ini mengharapkan kekuatan..
supaya aku dapat terus menjadi abdi-Mu yang dilindungi..

moga dugaan ini menabahkan hati....
saat itu...
aku mengharap kau menjadi seorang yang sejati..
tapi...
apabila kau pergi...
aku kecewa sendiri...
aku menyesal mengenali...
kau hadir pada saat aku sendiri...
kau memberi aku cahaya ketika aku mencari...
dan kini...
kembali aku sedari..
itu sebenarnya dari ilahi..
kau cumalah penyeri..
tetapi...
penyeri yang tidak kekal abadi..
cinta sejati...
hanyalah cinta ilahi...
kini...
aku kembali sendiri..
aku kembali menyepi..
aku cuma mengharap redha ilahi..
aku mengharap dugaan ini..
sebagai jalan untuk menabahkan hati..

Saturday, June 19, 2010
sebarkan..
BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat
kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

sedikit teguran..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
dh lame sgt ana tggal blog ni..
hari ni saja lah kan nak menulis sikit..
salah ke perempuan nak berhias?dalam bahasa modern 'make-up'?
sebagai contoh...seorang muslimah ini memakai furdah..mengambil jalan yang zuhud..tapi...matanya dipakaikan 'eyeliner'..secara jujurnya 'eyeliner' yang membuatkan matanya kelihatan lebih cantik dn menarik perhatian..
berfurdah untuk mengelakkan fitnah..berfurdah supaya tidak menarik perhatian orang..tapi..bagaimana kalau berfurdah itu dikenakan 'make-up' yang membuatkan kaum muslimim lebih tertarik?terutama nya kepada mata muslimah itu sendiri..
di sini ana selitkan sedikit post dari blog saudara kita..

DEFINASI TABARRUJ
Sebelum ini telah saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Namun begitu, suka untuk saya bawakan kembali definasi tersebut bagi melengkapkan penulisan artikel ini. Perbahasan ini saya kutip daripada bedah buku ‘Dosa Berhias (Tabarruj): Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya”.
- Menampakkan kecantikkannya pada lelaki bukan mahram.
- Menampakkan kecantikan termasuk mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh mengghairahkan spt pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
- Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.
Imam Bukhari mengatakan tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.
Konsep tabarruj ialah melibatkan segala bentuk benda untuk bertujuan perhiasan. Ia terbahagi kepada dua:
- Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.
- Perhiasan buatan. Ia termasuklah pakaian yang mendedah aurat, mewarna rambut dan kuku, berwangi-wangian, mengenakan celak dan solekan, bertatu, bertindik, menggunakan barang-barang kemas asli dan tiruan (termasuk dosa riak dan takabbur), menggunakan alat palsu seperti rmbut palsu dan kuku palsu, mencukur dan melukis kening.
Kesemua perbuatan di atas adalah menyerupai perbuatan golongan kafir yang sengaja dipopularkan oleh media tempatan dan barat. Ianya mengandungi senjata yang berbahaya dan fitnah tidak kurang hebatnya samaada terkena atas wanita itu sendiri mahupun manusia yang melihat gelagatnya. Malah akan menyuburkan gejala zina berterusan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan Hari Kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Manakala dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda:
“Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian dia keluar menemui kaumnya (sekumpulan orang) dengan maksud supaya mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina.”
Jelasnya, bertabarruj dan berhias berdasarkan pendapat Abul A’la al-Maududi, seandainya ia melibatkan lelaki bukan mahram bersama maka hukumnya adalah HARAM menurut al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama’. Dengan kata lain, apa jua alasannya lelaki bukan mahram tidak boleh melihat rambut, tubuh badan dan perhiasannya.
wallahua'lam..
ya Allah..Kau jauhkanlah kami dari perkara yang menjauhkan kami dari-Mu,Kau tenangkanlah hati kami..amin..
rujukan: http://www.faridrashidi.com/2010/02/24/yang-dikatakan-wanita-bertabarruj/
Subscribe to:
Posts (Atom)