Islamic Widget

About Me

Saturday, July 23, 2011

Begitulah Hidup

Assalamualaikum...
Lame sangat tak menulis kan??
Rindu Rasanya....
Banyak yang dah terjadi & pasti banyak lagi yang akan terjadi..
Ramai manusia boleh berubah... tapi berapa kerat yang boleh istiqamah??
Ada orang berubah untuk pasangan (orang yang disayangi), ade juga yang berubah untuk benda (harta), ada yang berubah untuk dilihat (pangkat)..

Fikirkanlah... untuk apa kita berubah?? Berubah lah untuk Yang Paling Layak Disayangi (ALLAH)

Manusia tak dapat lari dari buat silap, tapi.... itu bukan alasan untuk kita buat silap.... Orang yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali...

Sekian, hanya penulisan pendek..

Saturday, February 26, 2011

Kadang-kadang....

Lame sangat dah tak membuang masa kat blog ni....
Mungkin dlm keadaan terluka kot baru cari blog...
bkn luahan perasaan.. tapi untuk menghilangkan duka..
jadi.. menulislah..

Lupe itu perlu..
Haritu.. bila terbaca tajuk ini.. saya pun terkejut.. tapi bila dah habis baca.. terdetik dalam hati ‘betul jugak tu..’
Cuba bayangkan perkara paling sedih yg kita pernah lalui.. cube imbas balik keadaan kita time tu.. mesti kelam kabut.. tapi knp sekarang kita dah tak kelam kabut mcm time kita lalui tu??
Padahal keadaan tetap same.. kita lalui benda tu… faham? Semua tu sebab lupe.. kalau takde lupe ni.. sekarang kita masih kelam kabut dgn peristiwa tu.. dan ditambah pulak dgn macam2 pengalaman selepas peristiwa itu..
Agak2 camne kite nak lalui hidup kalau takde LUPA ni?? Kita sentiasa hidup dalam perasaan kecewa, gelisah, dendam dan segala perasaan yg pernah kita rase sejak kita lahir..
Kesimpulannya.. jangan persoalkan “kenapa lah aku ni asik lupe je??” tapi.. jgn jadikan lupa sbgai alasan utk kita lakukan kesalahan..
LUPAKAN SEGALA DENDAM, HASAD DENGKI..JANGAN LUPAKAN AMAL IBADAH, ALLAH, AKHIRAT & JANGAN LUPA DIRI!! ;)


" Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "

Tuesday, January 25, 2011

Sekolah..

2011.. tahun SPM.. tapi ada masa lagi nk blogging.. hehehe..
Akaun.. folio.. aduh.. saya bkn xnak belajar akaun.. tapi saya blur2 bile belajar akaun.. biaselah kan.. budak sekolah..

saya dah siap dokumen.. tapi.. buku tunai, jurnal & etc. sy xtau nak wat ape lagi dah..

saje je mengadu..

Friday, January 21, 2011

Kau, kawan, sahabat & teman


sekadar hiasan

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Pemergianmu ditangisi..


GURU TERBAIK!!
Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

saya suka edit gambar :)




suke2.. :)


inilah hasilnya.. :)

Monday, January 10, 2011

Bab 5: Pendidikan Quran Sunnah Form 5 (saje je kongsi)


Hukum Zina, Qadzaf dan Li’an.

Mengikut surah An-Nur ayat 1-10 Ibnu ‘Abbas meriwayatkn bhwa Hilal B. Umayyah tlh membuat tuduhan zina terhadap isterinya. Rasulullah S.A.W meminta Hilal mengemukakan saksi, jika tidak dia akan dikenakan had (sebat). Hilal berkata kpd Rasulullah S.A.W: “Jika seorang suami melihat isterinya berzina dgn laki lain perlukah ia mengemukakan saksi?” Rasulullah S.A.W menyatakan dengan tegas bahwa perlu mengemukakan saksi, jika gagal berbuat demikian ia akan dikenakan hukuman had. Hilal berkata kpd Rasulullah S.A.W: “Demi Allah yg mengutuskan engkau dgn kebenaran, tuduhan sy adlh benar, demi sesungguhnya sy memohon kpd Allah S.W.T supaya menurunkan wahyu yg membebaskan saya drpd hukuman had.” Maka turunlah ayat 6 surah An-Nur membebaskan Hilal drpd hukuman tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda kpd Hilal: “Bergembiralah kamu krn Allah tlh memberi kamu kebebasan dan jln keluar”

Zina:

Zina ialah persetubuhan yg dilakukan oleh seorg lelaki dgn seorg prmpuan tanpa nikah yg sah mgikut hukum syara’.
Hukum Zina adlh HARAM dan termasuk dlm 1 drpd dosa2 besar yg amat dimurkai Allah.
Hukuman kpd penzina:
Penzina yg belum prnah brkahwin melalui akad nikah yg sah. Mereka dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali.

Penzina yg prnah melakukan persetubuhan secara halal melalui akad nikah yg sah, sama ada masih dlm ikatan perkahwinan atau tlh bercerai. Mereka dikenakan hukuman rejam dgn batu smpai mati.

 

Hikmah Pengharaman Zina:


1.        Utk menjaga keturunan manusia.
2.        Menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat.
3.        Mengelakkan drpd berleluasanya penyakit kelamin.

Gejala Yg Boleh Membawa Kpd Zina:


  1. Pendedahan aurat.
  2. Kurang keimanan & ketaqwaan kpd Allah S.W.T.
  3. Pergaulan bebas antara laki & perempuan.

Cara2 Mengatasi Gejala Zina:


  1. Memberi didikan kpd masyarakat tntang dosa & azab zina.
  2. Menghalang laki & perempuan memakai pakaian yg mendedahkan aurat.
  3. Mengelakkan diri dari terlibat dgn pergaulan bebas.

Cara2 Mensabitkan Jenayah Zina:


  1. Melalui saksi : 4 org laki yg benar2 melihat perlakuan zina tersebut.
  2. Pengakuan drpd org yg melakukan zina: org yg buat zina mengaku dgn rela hati di depan hakim.
  3. Bukti: Perempuan hamil tanpa suami.

 

Qadzaf:

Qadzaf ialah menuduh seorg perempuan yg baik & suci dgn tuduhan zina atau menafikan keturunannya.
Hukum Qadzaf adlh HARAM, keji & dosa besar.

Hukuman kpd org yg membuat tuduhan qadzaf:
Org yg menuduh hendaklah mengemukakan 4 org saksi bg membuktikan kebenaran tuduhannya. Jika tidak, maka dia akan dijatuhkan hukuman had qadzaf ( 80 kali sebat) & hilang kelayakan utk menjadi saksi buat selama2nya.

Li’an:

Li’an ialah sumpah seorg suami yg mendakwa/menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunannya.
Hukum menuduh isteri melakukan zina tanpa bukti adlh perbuatan HARAM, keji & dosa besar.
Hukuman Li’an:
  1. Had Qadzaf dikenakan kpd suami yg Had Zina akan dikenakan kpd isteri yg tidak bersumpah Li’an utk membela diri.

Sebab2 Berlaku Li’an:

  1. Apabila suami menuduh isteri berzina tanpa 4 org saksi.
  2. Suami tidak mengakui / menolak anak yg dikandung oleh isterinya.

Kaifiyyat Li’an:

Suami: Apabila seorg suami meli’an isterinya tp tak mempunyai saksi , maka dia mestilah bersumpah dgn nama Allah sebanyak 4 kali dgn mengatakan bhw dia drpd golongan yg benar. Kemudian, dia mesti bersumpah utk kali ke-5 dgn mengatakan bhw dia rela menerima kemurkaan & laknat Allah S.W.T  jika dia berdusta. Ikatan perkahwina terputus buat selama2nya.
Isteri: Isteri yg dili’an boleh membela dirinya dgn membalas li’an suaminya dgn 4 kali utk menolak kebenaran tuduhan suami terhadapnya. Kemudian dia mesti bersumpah kali ke-5 dgn mengatakan bhw dia rela menerima kemurkaan & laknat Allah S.W.T  jika tuduhan suaminya benar. Dgn sumpah itu isteri terlepas drpd hukuman zina. Ikatan perkahwinan terfasakh buat selama2nya.

 

Hikmah Disyariatkan Hukum Qadzaf & Li’an:

  • Menjaga nama baik & maruah wanita2 solehah drpd tuduhan yg tak berasas.
  • Mengelakkan permusuhan & perselisihan faham dikalangan individu & masyarakat.
  • Menjaga kerukunan & kebahagiaan rumahtangga & keluarga.

Pengajaran Ayat:


  • Org yg melakukan Zina, Qadzaf & Li’an akan dikenakan hukuman had.
  • Islam mengajar umatnya supaya tak buat tuduhan palsu.
  • Umat Islam wajib menjaga maruah diri, keluarga & masyarakat

Sekian :)